Apakah sebab golongan ini lebih selesa untuk hidup membujang? Mungkinkah kerana terbawa bawa dengan trend Melayu dekad ini untuk melansungkan perkahwinan gilang gemilang yang makan kos ratusan ribu? Atau adakah kerana mempunyai angan-angan tidak munasabah lalu memilih untuk tidak berkahwin?
Rata rata alasan yang diberikan adalah kerana faktor wang. Lulusan universiti yang baru tamat belajar terus masuk ke pasaran kerja, hutang PTPTN mesti dibayar disamping duit gaji bulanan digunakan untuk membantu orang tua bagi membalas jasa mereka.
Kegilaan memiliki dan mengubahsuai kereta sendiri amat sinonim dengan pemuda Melayu, pendapatan bulanan habis dibelanjakan hingga tiada simpanan. Manakala bagi golongan wanita mungkin perbelanjaan bulanan banyak digunakan untuk mencantikkan diri bergaya dengan bag tangan mewah buatan luar negara.
Di kalangan masyarakat Melayu sangat terkenal dengan isu wang hantaran, dimana taraf pendidikan anak perempuan dijadikan ukuran jumlah wang hantaran. Bagi pemuda Melayu yang ingin meminang pasangannya yang berkelulusan Ijazah, wang hantaran dianggarkan diantara RM 12,000 hingga RM 15,000. Ini tidak termasuk lagi perbelanjaan lain seperti majlis bertunang dan kenduri resepsi di pihak lelaki. Sehingga pinjaman peribadi dijadikan modal untuk berkahwin. Ditambah dengan hutang kad kredit, pinjaman kereta dan sewa rumah, golongan yang berkahwin berhutang banyak untuk menamatkan zaman bujang.
Tidak kurang juga yang memilih untuk berkahwin lewat kerana takut dengan kes keruntuhan rumah tangga yang baru dibina setahun jagung.
Apa kata anda, tidak bersetuju dengan faktor faktor diatas atau mungkin ada faktor lain?
0 Comments